Malaysia legislation
Section 70
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 70
(2)
Tiap-tiap pekongsi am atau pekongsi ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa enam puluh hari dari penyelesaian transaksi yang baginya mereka berhubungan.
(3)
Rekod perakaunan dan rekod lain sesuatu perkongsian terhad
Labuan dan perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftarnya atau di tempat lain di Labuan yang difikirkan sesuai oleh pekongsi am atau pekongsi ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah pada bila-bila masa dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pekongsi.
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 707
(4)
Melainkan jika dikehendaki selainnya dalam perjanjian perkongsian, akaun sesuatu perkongsian terhad Labuan dan perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak dikehendaki untuk diaudit.
(5)
Seseorang pekongsi am atau pekongsi ditetapkan sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan oleh perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu, dengan kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Maksud penubuhan yang dibenarkan