Malaysia legislation

Section 69

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 69

(2)

Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh diberikan oleh Mahkamah Tinggi jika—

(a)

pada masa pembubaran, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu sedang beroperasi;

(b)

perkongsian liabiliti terhad Labuan itu masih belum menunaikan semua hutang dan liabilitinya; atau

(c)

adil dan munasabah untuk berbuat demikian.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 69

(3)

Dalam memberikan perintah di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan supaya perkongsian liabiliti terhad Labuan itu atau mana-mana orang yang terjejas dengan pembubaran itu, dipulihkan kepada kedudukan yang sama, setakat yang boleh, seolah-olah perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak dibubarkan.

(4)

Apabila dibatalkan pembubaran di bawah subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah memberitahu

Lembaga dengan menyampaikan salinan perintah yang dimeterai ke atas Lembaga.

Section 69 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010