Malaysia legislation
Section 75
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 75
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang, pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, pekongsi, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian—
(a)
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;
dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 73
Dokumen hendaklah difailkan melalui syarikat amanah Labuan