Malaysia legislation

Section 76

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 76

(2)

Tiap-tiap permohonan kepada Lembaga bagi apa-apa perakuan atau apa-apa cabutan atau salinan apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa dokumen yang difailkan dengan Lembaga hendaklah dibuat melalui syarikat amanah Labuan.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai jika sesuatu permohonan dibuat oleh mana-mana pekongsi sesuatu perkongsian terhad

Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan berkenaan dengan perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dokumen, perakuan, cabutan atau salinan itu adalah bagi kegunaan peribadinya.

(4)

Jika apa-apa dokumen dikehendaki supaya difailkan atau didaftarkan dengan Lembaga melalui syarikat amanah Labuan, syarikat amanah Labuan itu hendaklah, tanpa menjejaskan kewajipannya yang terkandung dalam Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti

Labuan 2010 [Akta 704], memastikan kesahan, kebenaran dan keaslian dokumen itu.

Penalti am

Section 76 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010