Malaysia legislation
Section 7
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 7
(2)
Nama sesuatu perkongsian terhad Labuan boleh dalam huruf, abjad atau bahasa asing dengan syarat bahawa suatu terjemahan yang tepat dan diperakui bagi nama itu dalam bahasa Inggeris digunakan dan dinyatakan dengan jelas dalam tiap-tiap komunikasi bertulis yang dihantar oleh, atau bagi pihak, perkongsian terhad Labuan itu dan tiap-tiap dokumen yang dikeluarkan atau ditandatangani oleh, atau bagi pihak, perkongsian terhad Labuan itu.
(3)
Nama seseorang pekongsi terhad tidak boleh terdapat dalam nama sesuatu perkongsian terhad Labuan melainkan jika nama itu juga merupakan nama salah seorang pekongsi am atau perkongsian terhad Labuan itu telah dijalankan di bawah nama itu sebelum penerimaan masuk pekongsi itu sebagai pekongsi terhad.
(4)
Nama perbadanan atau mana-mana bahagian nama perbadanan seseorang pekongsi terhad tidak boleh terdapat dalam nama sesuatu perkongsian terhad Labuan melainkan jika nama itu juga merupakan nama perbadanan atau sebahagian daripada nama perbadanan bagi salah seorang pekongsi am atau perkongsian terhad Labuan itu telah dijalankan di bawah nama itu sebelum penerimaan masuk pekongsi perbadanan itu sebagai pekongsi terhad.
(5)
Seseorang pekongsi terhad yang nama atau nama perbadanannya terdapat dalam nama perkongsian terhad Labuan bertentangan dengan subseksyen (3) atau (4) hendaklah bertanggungan sebagai pekongsi am kepada mana-mana pemiutang perkongsian terhad
Labuan itu yang telah memberikan kredit tanpa sebenarnya mengetahui bahawa pekongsi terhad itu bukanlah seorang pekongsi am.
(6)
Sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak boleh didaftarkan jika nama perkongsian terhad Labuan yang hendak didaftarkan itu adalah pada pendapat Lembaga dalam apa-apa cara mengelirukan atau selainnya tidak wajar.
Pertukaran nama perkongsian terhad Labuan