Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 8

Akta 707

(2)

Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan menukarkan namanya, perkongsian terhad Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memfailkan notis mengenai pertukaran itu dengan ditandatangani oleh pekongsi am kepada Lembaga yang menyatakan jenis pertukaran itu.

(3)

Jika Lembaga meluluskan pertukaran nama itu, Lembaga hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi perkongsian terhad Labuan itu di bawah nama baru itu dan pertukaran nama baru itu akan mula berkuat kuasa apabila perakuan pendaftaran itu dikeluarkan.

(4)

Jika nama perkongsian terhad Labuan, sama ada dengan tidak disengajakan atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama, ialah suatu nama yang dengannya perkongsian terhad Labuan itu tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar seksyen 7, perkongsian terhad Labuan itu hendaklah menukarkan namanya kepada suatu nama yang hendaklah diluluskan oleh Lembaga dan jika Lembaga mengarahkan sedemikian, hendaklah menukarkan nama itu dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh arahan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Lembaga.

(5)

Jika perkongsian terhad Labuan itu tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Lembaga di bawah subseksyen (4), perkongsian terhad Labuan itu boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.

(6)

Suatu pertukaran nama menurut Akta ini tidak akan menjejaskan identiti perkongsian terhad Labuan atau apa-apa hak atau obligasi perkongsian terhad Labuan itu, atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap perkongsian terhad Labuan itu.

(7)

Apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap perkongsian terhad Labuan dengan nama terdahulunya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap perkongsian terhad Labuan itu dengan nama barunya.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 707

Pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan

Section 8 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010