Malaysia legislation

Section 82

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 82

(a)

memulakan atau membela apa-apa prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa perniagaan atau dengan apa-apa cara menguruskan harta perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 77

(b)

membela apa-apa prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak bagi, atau atas nama perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu; atau

(c)

bertindak dengan apa-apa cara berkenaan dengan hal-ehwal perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika nama sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan telah dipotong daripada daftar, perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, atau pekongsi, pelikuidasi atau penerimanya, boleh—

(a)

memohon kepada Lembaga supaya perkongsian terhad

Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu didaftarkan semula;

(b)

meneruskan pembelaan prosiding undang-undang yang telah dimulakan terhadap perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu sebelum tarikh pemotongan itu; dan

(c)

terus menjalankan prosiding undang-undang yang telah dimulakan bagi pihak perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu sebelum tarikh pemotongan itu.

(3)

Hakikat bahawa nama sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan telah dipotong daripada daftar tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang—

(a)

perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu daripada bertanggungan bagi apa-apa liabilitinya;

(b)

mana-mana orang daripada membuat tuntutan terhadap perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, dan meneruskan tuntutan itu sehingga penghakiman atau pelaksanaan; atau

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 707

(c)

mahkamah daripada memberikan apa-apa perintah yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

Kerahsiaan

Section 82 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010