Malaysia legislation
Section 83
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 83
(2)
Semua prosiding, selain prosiding jenayah, yang berhubungan dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah dimulakan dalam mana-mana
Mahkamah Tinggi, sama ada di bawah peruntukan Akta ini atau bagi menentukan hak atau obligasi pekongsi.
(3)
Prosiding dalam subseksyen (2) dan apa-apa rayuan daripada prosiding itu, hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah Tinggi, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa kebenaran
Mahkamah Tinggi.
(4)
Peruntukan subseksyen (1) tidak terpakai—
(a)
jika penzahiran dikehendaki—
(i)
menurut suatu perintah mana-mana mahkamah dalam mana-mana prosiding;
(ii)
bagi maksud pelaksanaan fungsi penyeliaan
Lembaga yang diperuntukkan di bawah Akta
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996;
atau
(iii)
bagi maksud seksyen 22 Akta Cukai Aktiviti
Perniagaan Labuan 1990; atau
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 79
(b)
jika terdapat kebenaran daripada semua pekongsi perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan.
(5)
Jika perintah yang disebut dalam subperenggan (4)(a)(i)
telah diperoleh melalui suatu permohonan ex-parte, pekongsi terhad atau pekongsi perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memberitahu orang yang terjejas dengan perintah itu dan apabila pemberitahuan itu diterima, orang yang terjejas itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk mencabar perintah itu atau selainnya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(7)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana mahkamah daripada menjalankan budi bicaranya untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau untuk memberikan apa-apa keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mahkamah yang berkaitan dengan prosiding itu.
Hak untuk mendapatkan maklumat