Malaysia legislation

Section 84

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 84

(a)

bagi maksud memuaskan hatinya bahawa peruntukan Akta ini dipatuhi dan bahawa perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh—

(i)

mempunyai akses kepada dan memeriksa buku, rekod, baucer, dokumen, wang tunai dan sekuriti bagi sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan; dan

Undang-Undang Malaysia 80

Akta 707

(ii)

menghendaki mana-mana pekongsi, pegawai atau pekerja sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan untuk mengemukakan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen; dan

(b)

menghendaki, pada bila-bila masa, sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan atau mana-mana pekongsinya untuk mengemukakan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang berhubungan dengan perkongsian itu kepada Lembaga pada masa dan tempat yang dinyatakan oleh Lembaga.

(2)

Jika mana-mana orang dikehendaki di bawah subperenggan (1)(a)(ii) atau perenggan (1)(b) untuk memberikan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen kepada Lembaga, orang itu hendaklah mengemukakan maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu kepada Lembaga dalam bentuk dan cara dan dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga dalam permintaan itu.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika mana-mana orang dikehendaki untuk memberikan kepada

Lembaga apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen di bawah subperenggan (1)(a)(ii) atau perenggan (1)(b), orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen sebagai benar dan tepat yang baginya dia mengetahui, atau mempunyai alasan untuk mempercayai, adalah palsu, tidak tepat atau mengelirukan.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(6)

Mana-mana pekongsi, pegawai atau pekerja sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad

Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menghalang atau menggalang Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 81

(7)

Penzahiran oleh seseorang tentang apa-apa maklumat kepada

Lembaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) tidak menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Pemakaian Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996

Section 84 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010