Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 9
Liabiliti Terhad Labuan 19
(2)
Sesuatu perkongsian terhad Labuan boleh menukarkan alamat pejabat berdaftarnya dari semasa ke semasa dengan memfailkan notis pertukaran itu dengan Lembaga.
(3)
Pertukaran alamat itu hendaklah didaftarkan oleh Lembaga dan hendaklah mula berkuat kuasa apabila didaftarkan.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), sehingga berakhir tempoh tiga puluh hari yang bermula pada tarikh pertukaran alamat sesuatu perkongsian terhad Labuan didaftarkan, seseorang boleh dengan sah menyampaikan apa-apa dokumen kepada perkongsian terhad
Labuan itu di pejabat berdaftarnya yang terdahulu.
(5)
Sesuatu perkongsian terhad Labuan hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya—
(a)
suatu daftar—
(i)
yang menunjukkan, dalam hal seseorang individu, nama penuh dan alamat bagi setiap pekongsi terhad dan pekongsi am dan, dalam hal sesuatu perbadanan, nama penuhnya, tempat perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya; dan
(ii)
yang menunjukkan bagi setiap pekongsi terhad, jika penyertaan oleh pekongsi terhad itu ditentukan melalui peratusan kepentingan atau dengan bilangan unit atau hak serupa yang lain yang dipegang oleh mereka, peratusan kepentingan atau bilangan dan kelas unit atau hak lain yang dipegang;
(b)
suatu salinan perjanjian perkongsian bagi perkongsian terhad
Labuan itu dan setiap pindaan yang dibuat kepadanya;
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 21
(c)
suatu pernyataan mengenai amaun sumbangan yang dipersetujui untuk dibuat oleh pekongsi terhad dan masa bila mana, atau peristiwa yang apabila berlaku, sumbangan itu kena dibuat;
(d)
suatu pernyataan mengenai amaun wang dan jenis dan nilai apa-apa harta lain yang disumbangkan oleh setiap pekongsi terhad dan tarikhnya;
(e)
suatu pernyataan mengenai amaun sumbangan yang dipulangkan kepada pekongsi terhad dan tarikhnya; dan
(f)
apa-apa maklumat lain yang dinyatakan oleh Lembaga.
(6)
Dokumen yang disimpan di bawah subseksyen (5) hendaklah—
(a)
menjadi keterangan prima facie mengenai butir-butir yang terkandung dalam, atau dikehendaki supaya terkandung dalam dokumen itu;
(b)
dipinda dalam masa tiga puluh hari dari apa-apa perubahan butir-butir itu; dan
(c)
tersedia untuk pemeriksaan dan penyalinan tanpa bayaran dalam waktu biasa perniagaan atas permintaan seseorang pekongsi.
(7)
Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak mematuhi seksyen ini, perkongsian terhad Labuan itu dan setiap pekongsi am boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.