Malaysia legislation
Section 6
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025
Seksyen 6
Seksyen 52 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)
dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan ke atas sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf jika proses, dokumen atau notis itu—
(a)
ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang diketahui; atau
(b)
dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.”.
Pindaan seksyen 63