Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkongsian Terhad dan
Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2025.
/akn/my/act/amendment_act/2025/A1759
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1759 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkongsian Terhad dan
Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2025.
Pindaan seksyen 2
Labuan 2010 [Akta 707], yang disebut “Akta ibu” dalam
Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “pemastautin”, dengan menggantikan perkataan “menurut seksyen 43 Akta Kawalan
Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]” dengan perkataan “menurut perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759]”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1759
AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN
PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN
(PINDAAN) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1759
Pindaan seksyen 9
Subseksyen 9(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di pejabat daftarnya yang terdahulu” perkataan
“atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian terhad Labuan itu.”.
Pindaan seksyen 22
Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Bagi maksud Akta ini, apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada sesuatu perkongsian terhad Labuan jika proses, dokumen atau notis itu—
ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan itu yang diketahui; atau
dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian terhad Labuan itu.”.
Seksyen baharu 33a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33
seksyen yang berikut:
“Penyampaian proses, dokumen atau notis kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan 33a. Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan jika proses, dokumen atau notis itu—
ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang diketahui; atau
dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.”.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 52
Seksyen 52 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)
dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan ke atas sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf jika proses, dokumen atau notis itu—
ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang diketahui; atau
dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.”.
Pindaan seksyen 63
Subseksyen 63(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pejabat berdaftarnya yang terdahulu” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.”.
Bahagian baharu IVa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 69
bahagian yang berikut:
“Bahagian IVa
PEMUNYAAN BENEFISIAL
Pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf 69a. Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu perkongsian
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1759
terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan atau kawalan langsung atau tidak langsung atas sumbangan modal atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam suatu perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam suatu perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf 69b. (1) Tiap–tiap perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan merekodkan dalam daftar itu—
nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu;
tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu;
tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan (Pindaan)
Daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah disimpan di pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.
Perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah memfailkan dengan Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.
Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)
hendaklah difailkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.
Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memegang simpan maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.
Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1759
Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan difailkan di bawah subseksyen (3).
Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk memberikan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.
Daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.
Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang disimpan di pejabat berdaftar suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan
Lembaga, menentukan—
mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf atau maklumat pemunyaan benefisial;
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan (Pindaan)
cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf atau maklumat pemunyaan benefisial; dan
Seksyen 83 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga menurut subseksyen (11).
Jika terdapat keingkaran dalam mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9), suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah
Labuan yang dilantik oleh suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga.
Kuasa perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 69c. (1) Suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki seseorang pekongsi bagi suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk memaklumkan perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf sama ada pekongsi itu merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu atau jika pekongsi itu bukan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1759
atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69b(1).
Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial bagi suatu perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf atau jika dia bukan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69b(1).
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan (Pindaan)
Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pekongsi atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pekongsi atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69b(1).
Apabila suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu—
butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1759
Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu—
untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan
Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mungkin tidak betul, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan (Pindaan)
Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah memastikan bahawa perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf tidak mematuhi seksyen ini, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf bolehlah dikenakan suatu penalti pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga.
Kewajipan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk memberikan maklumat 69d. (1) Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah dalam masa tiga puluh hari—
memberitahu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial bagi perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; dan
Seseorang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1759
liabiliti terhad yang diiktiraf itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.
Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memberitahu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Obligasi perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 69e. (1) Sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 69b yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah memastikan perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf tidak mematuhi seksyen ini, perkongsian terhad
Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan (Pindaan)
15
terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf bolehlah dikenakan suatu penalti pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga.
Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf 69f. Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf di bawah Bahagian ini.”.
Pindaan seksyen 77
Quoted provision
Seksyen 77 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“lima ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”.
Quoted provision
Pindaan seksyen 78
Subseksyen 78(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”.