Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 56—
(a)
dalam Fasal (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”;
Undang-Undang Malaysia 4
(b)
dengan memasukkan selepas Fasal (5) Fasal yang berikut:
“(5a) Seseorang ahli yang dipilih menjadi
Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua tidak hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan dengan syarat bahawa ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau
Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”; dan
(c)
dalam Fasal (6), dengan memasukkan selepas perkataan
“Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”.
Pindaan Perkara 57