Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025

Seksyen 3

Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dipinda—

(a)

dalam perenggan (bb) Fasal (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”;

(b)

dengan memasukkan selepas Fasal (5) Fasal yang berikut:

“(5a)  Seseorang yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua tidak hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan dengan syarat bahawa orang yang dipilih menjadi

Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”; dan

(c)

dalam Fasal (6), dengan memasukkan selepas perkataan

“Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”.

Akta A1767

Perlembagaan (Pindaan)

5

Pindaan Perkara 65

Section 3 — AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025