Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Jika orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini telah memilih untuk menjadi anggota
Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—
(a)
orang itu hendaklah diambil kerja atas terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(b)
orang itu hendaklah disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam bagi maksud Akta Pencen 1980 [Akta 227].
Akta A1767