Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan dipinda—
(a)
dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut:
“(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha
Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga habis tempoh pelantikannya, pelantikannya dibatalkan atau dia meletakkan jawatannya.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas Fasal (2) Fasal yang berikut:
“(2a) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha
Dewan Rakyat hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau
Dewan Undangan mana-mana Negeri.
(2b)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perkara ini, kelayakan untuk pelantikan dan syarat perkhidmatan
Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat boleh dikawal selia melalui undang-undang persekutuan.”.
Kecualian