Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Pindaan seksyen 22
(a)
dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan
“lesen” perkataan “atau permit”;
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Pihak berkuasa berkenaan boleh, pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis, membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit jika—
(a)
pemegang lesen atau pemegang permit telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
(b)
pemegang lesen atau pemegang permit telah tidak mematuhi mana-mana syarat lesen atau permit;
(c)
aktiviti yang lesen atau permit telah diberikan itu tidak lagi dijalankan oleh pemegang lesen atau pemegang permit itu;
(d)
pemegang lesen atau pemegang permit telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun; atau
(e)
pembatalan atau penggantungan itu adalah demi kepentingan awam, keselamatan negara atau hubungan antarabangsa.”;
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “lesen”
di mana-mana jua terdapat perkataan “atau permit”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau pemegang permit”; dan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1779
(d)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “atau pemegang permit”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “lesen”
di mana-mana jua terdapat perkataan “atau permit”.
Pindaan seksyen 25