Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Seksyen 25 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan
“pekerja” perkataan “dan orang lain”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mematuhi segala kehendak sebagaimana yang ditetapkan bagi perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja dan orang lain daripada sinaran mengion.”;
(c)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(5a) Pihak berkuasa berkenaan boleh menghendaki seseorang pekerja untuk memiliki kelayakan dan menduduki ujian sebagaimana yang ditetapkan.”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Jika pihak berkuasa berkenaan mendapati apa-apa ketidakteraturan pada sinaran mengion, pihak berkuasa berkenaan boleh mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis kepada pemegang lesen untuk mengambil tindakan pembetulan.
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
(8)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Bahagian baharu Va dan Vb