Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui tentang kes.
Quoted provision
Seksyen 37a
(2)
Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.
Pemeriksaan orang yang mengetahui tentang kes.
Quoted provision
Seksyen 37b
(2)
Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor itu, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan itu.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1779
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dalam memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau menandakan cap ibu jarinya pada pernyataan itu, seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya fakta keengganan itu dan sebabnya, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan.
37 c. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
(2)
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika mahkamah fikirkan patut demi
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
45
kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950
[Akta 56].
(3)
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan suatu kawad cam atau tergolong dalam seksyen 27
atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j)
Akta Keterangan 1950.
(5)
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.”.
Pindaan seksyen 38