Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Seksyen 38 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.”; dan
Undang-Undang Malaysia 46
Akta A1779
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(1b)
Jika tiada pendakwaan atau sabitan berkenaan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang itu hendaklah dipegang bagi tempoh dua belas bulan kalendar dari tarikh penyitaan dan di akhir tempoh itu hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan, melainkan jika suatu tuntutan bertulis baginya diterima dalam tempoh itu.
(1c)
Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
47
radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita di bawah Akta ini dan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu mengenai tuntutannya.
(1d)
Apabila suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1c) diterima, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor hendaklah tanpa kelengahan yang tidak wajar merujuk perkara itu kepada mahkamah untuk keputusan.
(1e)
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain itu yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan mahkamah, dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu.
(1f)
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan
Undang-Undang Malaysia 48
Akta A1779
bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disebut dalam subseksyen (1e)
merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.”.
Seksyen baharu 38a dan 38b