Malaysia legislation

Section 51

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 51

Seksyen 39 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” dengan perkataan “kemudahan”;

(b)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “menghalang,” perkataan “menyekat, mengganggu,”;

(c)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“bahan ditetapkan, radas penyinaran” dengan perkataan

“penjana sinaran”;

(d)

dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “atau”

di hujung perenggan itu;

(e)

dalam perenggan (i), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;

Undang-Undang Malaysia 50

Akta A1779

(f)

dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:

“(j) tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen 33(3)

atau mengalihkan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran daripada premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian,”; dan

(g)

dengan menggantikan perkataan “adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara bagi tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya”.

Pindaan seksyen 40