Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38
seksyen yang berikut:
“Kos memegang, menanggalkan dan melupuskan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita.
Quoted provision
Seksyen 38a
Jika apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan
Kerajaan Malaysia sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos untuk memegang, menanggalkan dan melupuskan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia oleh orang itu dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya.
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
49
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan semula.
Quoted provision
Seksyen 38b
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.”.
Pindaan seksyen 39