Malaysia legislation

Section 53

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 53

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40

seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan.

Quoted provision

Seksyen 40a

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Pihak berkuasa berkenaan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa

Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah

Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada pihak berkuasa berkenaan suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2)

boleh dibuat pada bila-bila masa setelah kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta A1779

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa berkenaan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat, dan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang disita di bawah Akta ini berhubung dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh pihak berkuasa berkenaan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan.

(6)

Semua jumlah wang yang diterima oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan Persekutuan.”.

Bahagian baharu VIIIa

Section 53 — AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025