Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIII bahagian yang berikut:
“Bahagian VIIIa
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN SEKURITI
Pencurian atau perompakan.
Quoted provision
Seksyen 41a
(2)
Mana-mana orang yang melakukan perompakan bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Pecah amanah jenayah.
Quoted provision
Seksyen 41b
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
Mana-mana orang yang melakukan pecah amanah jenayah berhubung dengan bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Menipu.
Quoted provision
Seksyen 41c
Mana-mana orang yang menipu dan dengan itu dengan curang mendorong seseorang yang terpedaya, untuk memperoleh bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Menjalankan aktiviti dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan.
Quoted provision
Seksyen 41d
(2)
Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan niat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan dengan hukuman sebat.
(3)
Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan niat untuk menyebabkan kerosakan teruk kepada harta atau kepada alam sekeliling melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Sabotaj.
Quoted provision
Seksyen 41e
Akta A1779
(a)
jika perbuatan itu menyebabkan kematian, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dikenakan
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
55
hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan; atau
(b)
dalam mana-mana hal lain, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa artikel yang boleh digunakan, dan yang dia berniat untuk menggunakannya, dalam melakukan perbuatan sabotaj di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
(3)
Dalam seksyen ini, “sabotaj” ertinya apa-apa tindakan sengaja yang terarah terhadap suatu kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear dalam penggunaan, penstoran atau pengangkutan yang boleh secara langsung atau tidak langsung membahayakan kesihatan dan keselamatan pekerja, orang awam atau alam sekeliling melalui pendedahan kepada sinaran atau pelepasan benda radioaktif.
Desakan melalui paksaan untuk mendapatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan ancaman yang boleh dipercayai, penggunaan kekerasan atau bentuk intimidasi lain.
Quoted provision
Seksyen 41f
Mana-mana orang yang melakukan suatu perbuatan yang terjumlah kepada desakan untuk mendapatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan ancaman yang boleh dipercayai atau penggunaan kekerasan atau bentuk intimidasi lain melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta A1779
Mengancam untuk menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada mana-mana orang atau kerosakan harta atau kerugian ekonomi.
Quoted provision
Seksyen 41g
Mana-mana orang yang mengancam untuk menggunakan atau menyebarkan bahan radioaktif atau bahan nuklear untuk menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada mana-mana orang atau kerugian ekonomi atau kerosakan harta atau alam sekeliling melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun.
Mengancam untuk memaksa orang melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan.
Quoted provision
Seksyen 41h
Mana-mana orang yang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan dengan menggunakan bahan radioaktif atau bahan nuklear, untuk memaksa Kerajaan Malaysia, mana-mana kerajaan lain, mana-mana pertubuhan antarabangsa atau mana-mana orang atau kumpulan orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Konspirasi.
Quoted provision
Seksyen 41i
(2)
Mana-mana orang yang berkonspirasi dengan orang lain di mana-mana tempat di dalam atau di luar Malaysia untuk melakukan suatu perbuatan di Malaysia yang terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai berkonspirasi secara jenayah di Malaysia untuk melakukan perbuatan itu dan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Komunikasi yang membahayakan sekuriti.
Quoted provision
Seksyen 41j
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
Mana-mana orang dengan diketahuinya mendedahkan maklumat mengenai sekuriti mana-mana kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear kepada orang lain yang boleh menjalankan aktiviti atau perbuatan yang membahayakan atau menjejaskan sekuriti kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 44