Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II yang dipotong bahagian yang berikut:

“Bahagian IIa

MAJLIS PENASIHAT TENAGA ATOM

Penubuhan

Majlis Penasihat.

Quoted provision

Seksyen 2a

(2)

Majlis Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1779

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi atau wakilnya;

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;

(d)

Ketua Pengarah;

(e)

Ketua Pengarah Kesihatan; dan

(f)

tiga orang lain yang dilantik oleh

Menteri yang mempunyai pengalaman dan keupayaan dalam bidang saintifik atau teknik berkaitan dengan tenaga atom.

(3)

Pengerusi dan anggota Majlis Penasihat yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan (f), melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi untuk menjadi setiausaha kepada Majlis Penasihat.

(5)

Pelantikan Pengerusi dan anggota Majlis

Penasihat yang disebut dalam perenggan (2)(a)

dan (f) boleh dibatalkan pada bila-bila masa atas apa-apa sebab sebagaimana yang disifatkan patut oleh Menteri.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

13

Fungsi Majlis

Penasihat.

Quoted provision

Seksyen 2b

Majlis Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Menteri mengenai perkara dasar dan strategik Akta ini;

(b)

jika timbul keraguan sama ada suatu aktiviti yang akan dilesenkan adalah untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan, untuk mengenal pasti sama ada aktiviti itu akan dilesenkan untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan di bawah Akta ini;

dan

(c)

untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujuk oleh

Menteri yang berhubungan dengan

Akta ini.

Mesyuarat

Majlis

Penasihat.

Quoted provision

Seksyen 2c

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Penasihat.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat, Pengerusi boleh melantik mana-mana anggota Majlis Penasihat untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat.

(4)

Kuorum Majlis Penasihat ialah lima.

(5)

Segala perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Penasihat hendaklah diputuskan dengan undian majoriti anggota

Majlis Penasihat yang hadir dalam mesyuarat.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1779

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), Pengerusi atau Pengerusi sementara tidak boleh mengundi mengenai apa-apa perkara di hadapan Majlis

Penasihat melainkan jika bilangan undi sama banyak.

(7)

Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Majlis

Penasihat.

(8)

Majlis Penasihat boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Elaun.

Quoted provision

Seksyen 2d

Pengerusi dan anggota Majlis Penasihat boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.”.

Pindaan seksyen 12

Section 8 — AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025