Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen 12 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan
“Melesenkan pepasangan nuklear dan aktiviti” dengan perkataan “Lesen”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun boleh membuat urusan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau kemudahan melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 16(5) oleh pihak berkuasa berkenaan bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.”;
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
(c)
dalam perenggan (2)(a)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”;
(d)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “penggunaan”
dengan perkataan “membuat urusan dengan”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “ahli radiologi, ahli radioterapi atau doktor pergigian berdaftar”
dengan perkataan “pengamal pergigian berdaftar, pakar perubatan nuklear, pakar onkologi atau pakar radiologi”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Seksyen baharu 12a