Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“makanan” ertinya makanan yang digunakan atau dihasratkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya untuk makanan manusia dan termasuklah—
(a)
apa-apa bahan mentah, lebihan, dimasak, diproses atau disediakan untuk dimakan;
(b)
apa-apa minuman lebihan, dimasak, diproses atau disediakan; dan
(c)
apa-apa ramuan mentah, lebihan, diproses atau disediakan;
“penderma makanan” ertinya mana-mana orang yang menderma atau mengedarkan makanan kepada mana-mana orang tanpa apa-apa bayaran ataupun apa-apa bentuk balasan dan termasuklah mana-mana perbadanan, perkongsian, perusahaan, persatuan, entiti kerajaan, pengeluar, pembekal, pemborong, peruncit, pasar raya besar, pasar raya, hotel, restoran, katerer, pengeluar pertanian, badan khairat, pertubuhan khairat, yayasan atau organisasi atau entiti lain dan pengarah, ejen, atau pekerjanya, atau sukarelawan.
Perlindungan penderma makanan