Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERLINDUNGAN PENDERMA MAKANAN 2020

Seksyen 3

Seseorang penderma makanan tidak menanggung apa-apa liabiliti sivil berkenaan dengan kecederaan diri atau penyakit yang dideritai oleh mana-mana orang, atau kematian mana-mana orang, yang diakibatkan daripada pengambilan makanan yang didermakan atau diedarkan oleh penderma makanan melainkan jika boleh dibuktikan bahawa—

(a)

kecederaan diri, penyakit atau kematian itu disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh penderma makanan;

(b)

penderma makanan itu tidak mematuhi mana-mana kehendak berhubung dengan keselamatan dan kebersihan makanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum menderma atau mengedar makanan;

Perlindungan Penderma Makanan 7

(c)

makanan itu tidak selamat untuk dimakan pada masa makanan itu didermakan atau diedarkan kepada mana-mana orang; dan

(d)

pendermaan atau pengedaran makanan itu tidak dibuat dengan suci hati.

Section 3 — AKTA PERLINDUNGAN PENDERMA MAKANAN 2020