Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2017

Seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen 125(5)

subseksyen yang berikut:

“(6)  Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah perenggan (1)(a) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(7)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (6) boleh menyita atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat, semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu dan apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga suatu perintah mahkamah dibuat untuk pelupusannya.”.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1533

Seksyen baharu 126a dan 126b

Section 7 — AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2017