Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 126
seksyen yang berikut:
“Waran boleh diterima walaupun cacat 126a. Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah
Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan apa-apa buku, rekod, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Akses kepada maklumat berekod, data berkomputer, dsb.
Quoted provision
Seksyen 126b
(2)
Dalam menjalankan kuasanya, Penolong Pengawal—
(a)
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu;
(b)
boleh menghendaki orang yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang menggunakan atau telah menggunakan komputer itu yang berkaitan dengan maklumat atau data itu;
(c)
boleh menghendaki orang yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa komputer itu digunakan atau telah digunakan, bagi pihak orang itu, yang berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
Perlindungan Pengguna (Pindaan)
(d)
boleh menghendaki orang yang bertanggungjawab bagi, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberikan apa-apa bantuan yang munasabah kepadanya sebagaimana yang dikehendakinya bagi maksud seksyen ini.
(3)
Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada maklumat berekod, atau data berkomputer atau berdigital, jika difikirkannya perlu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuk diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan maklumat berekod, atau data berkomputer atau berdigital difahami.”.
Pemotongan seksyen 128