Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai bagi
Negeri-Negeri
*Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
/akn/my/act/act/1958/510
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN BAGI MALAYSIA PERBADANAN 1958 is Malaysia Act, cited as Act 510 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.
Opening note
Akta ini hendaklah terpakai bagi
Negeri-Negeri
*Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Persatuan” ertinya Persatuan Institut Wanita Kebangsaan
Malaysia yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah
Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];
“Majlis Pusat” ertinya Majlis Pusat yang ditubuhkan mengikut seksyen 5;
*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”— lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 510
“Perbadanan” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama
“Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia” oleh Akta ini.
Pemerbadanan Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia dan kuasa Perbadanan
Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia dan semua orang sedemikian yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau kaedah-kaedah dan undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Institut Wanita Kebangsaan
Malaysia dan dengan nama yang sama adalah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih daripada setiap perihalan, dan boleh memindahhakkan, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, dan dengan nama yang sama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dalam semua mahkamah dan dengan segala cara tindakan dan dalam segala guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.
Matlamat Perbadanan
Matlamat Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu organisasi yang hendaklah terbuka, tanpa apa-apa diskriminasi atas alasan agama, kaum atau politik, bagi semua wanita dan gadis yang tinggal di Malaysia untuk membolehkan wanita dan gadis, terutamanya yang di kawasan luar bandar, untuk mengambil bahagian yang berkesan dalam kehidupan dan membangunkan komuniti dan secara amnya untuk melakukan segala perkara sebagaimana yang disifatkan oleh
Perbadanan atau Majlis Pusatnya sebagai bersampingan atau berfaedah bagi mencapai matlamat itu.
Persatuan Institut Wanita Kebangsaan
Malaysia (Pemerbadanan) 7
Penubuhan Majlis Pusat
Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbir oleh suatu Majlis Pusat yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah dan undang-undang kecil
Perbadanan pada masa itu.
Anggota pertama Majlis Pusat
Anggota pertama bagi Majlis Pusat hendaklah wanita yang pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah anggota Jawatankuasa
Eksekutif Persatuan.
Penggunaan meterai perbadanan
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis Pusat bagi maksud itu, di hadapan Pengerusi atau seorang Timbalan Pengerusi Majlis
Pusat, dan Setiausaha Majlis Pusat, atau seorang lain yang diberi kuasa oleh Majlis Pusat untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai itu dicapkan, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Persatuan yang sah di sisi undang-undang.
Daftar anggota
Majlis Pusat hendaklah menyebabkan supaya suatu daftar disimpan yang dalamnya tiap-tiap orang yang pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah seorang anggota Persatuan atau kemudian
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 510
daripada itu menjadi seorang anggota Perbadanan yang diterima masuk dengan sewajarnya hendaklah namanya ditulis dan dalamnya hendaklah direkodkan apa-apa perkara lain yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Majlis Pusat. Daftar itu boleh disimpan mengikut apa-apa bilangan bahagian sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Pusat dari semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan.
Kuasa Majlis Pusat
Sah bagi Majlis Pusat dari semasa ke semasa untuk membuat, mengubah atau membatalkan mana-mana kaedah-kaedah dan undang-undang kecil sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai matlamatnya dan semua kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah mengikat pada setiap masa anggota pada masa itu bagi
Perbadanan.
Peletakhakan harta
Pada mula berkuat kuasanya Akta ini segala dan tiap-tiap harta kepunyaan Persatuan, sama ada yang dipegang atas nama Persatuan atau atas nama mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi
Persatuan, hendaklah terletak hak dan segala dan tiap-tiap harta kepunyaan Persatuan itu adalah dengan ini terletak hak pada
Perbadanan, dan segala dan tiap-tiap harta itu, bersama dengan segala harta alih atau harta tak alih yang diperoleh kemudiannya, dan segala yuran, caruman, derma, denda, jumlah pinjaman dan pendahuluan yang diterima atau yang akan diterima hendaklah dipegang oleh
Perbadanan bagi maksud Akta ini dan tertakluk pada kaedah-kaedah
Perbadanan pada masa itu.
Pembayaran hutang dan liabiliti
Semua hutang dan liabiliti Persatuan yang ada pada masa permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan,
Persatuan Institut Wanita Kebangsaan
Malaysia (Pemerbadanan) 9
dan semua hutang yang kena dibayar dan yuran dan caruman yang kena dibayar kepada Persatuan hendaklah dibayar kepada Perbadanan bagi maksud Akta ini.
Penggunaan pendapatan
Pendapatan dan harta Perbadanan, walau dari mana jua pun didapati, hendaklah digunakan semata-mata untuk memajukan matlamat Perbadanan yang disebut terdahulu dan tiada bahagian pendapatan dan harta Perbadanan boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik secara langsung atau tidak langsung melalui dividen, bonus atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekali pun melalui keuntungan kepada anggota Perbadanan:
Dengan syarat bahawa tiada apa jua yang terkandung dalam ini boleh menghalang pembayaran saraan yang dibuat secara suci hati kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau kepada mana-mana anggota Perbadanan sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan.
Liabiliti anggota
Perbadanan hendaklah dalam apa-apa hal tidak melebihi jumlah apa-apa yuran tahunan sebagaimana yang kena dibayar oleh anggota itu kepada Perbadanan.
Akaun dan laporan tahunan
Akaun yang benar hendaklah disimpan mengenai jumlah wang yang diterima dan dibelanjakan oleh Perbadanan. Sekali dalam tiap-tiap tahun akaun Majlis Pusat itu hendaklah diperiksa dan ketepatannya ditentukan oleh seorang atau lebih juruaudit yang berkelayakan dengan sepatutnya. Salinan akaun itu hendaklah diberikan oleh Majlis Pusat kepada persatuan utama Institut Wanita di setiap Negeri. Suatu laporan tahunan hendaklah disediakan oleh
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 510
Majlis Pusat berkenaan dengannya pada tiap-tiap tahun dan diterbitkan olehnya.
Kecualian hak
Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana pertubuhan politik atau perbadanan atau mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.
11
Akta 510
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
12
Akta 510
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-