/akn/my/act/act/1958/357

*AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1958
Sections
17
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 is Malaysia Act, cited as Act 357 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperuntukkan penalti tertentu yang berhubungan dengan pemilikan bahan-bahan kakisan dan letupan yang menyalahi undang-undang dan membawa senjata berbahaya. [Semenanjung Malaysia—1 Januari 1959, P.U. 384/1958; Sabah dan Sarawak—16 September 1963, P.U. 232/1963] Tajuk ringkas dan pemakaian

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“bahan kakisan” ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan;

“bahan letupan” hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan apa-apa letupan dalam atau dengan apa-apa bahan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 357

letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, radas, mesin, atau alat itu;

“cedera” ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Kanun Keseksaan [Akta 574];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

“senjata berbahaya” termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan;

“senjata terjadual” ertinya mana-mana senjata berbahaya yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Seksyen 3

Pemilikan bahan-bahan kakisan atau letupan bagi maksud menyebabkan kecederaan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan kakisan atau letupan dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan yang munasabah bahawa dia berniat untuk menggunakan atau berniat untuk membolehkan seseorang yang lain menggunakan bahan itu bagi maksud menyebabkan kecederaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat.

Seksyen 4

Menggunakan bahan-bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dengan menyalahi undang-undang dan dengan niat jahat menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan kakisan atau senjata berbahaya bagi maksud menyebabkan kecederaan, atau menyebabkan atau cuba menyebabkan dengan apa-apa bahan letupan suatu letupan daripada jenis yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan, sama ada apa-apa kecederaan telah sebenarnya disebabkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan

Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan

Senjata Berbahaya 7

boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan disebat.

Seksyen 5

Berdampingan dengan orang yang membawa bahan-bahan kakisan atau letupan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang berdampingan dengan atau didapati ada bersama-sama dengan seorang lain yang sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan kakisan atau letupan yang melanggar seksyen 3, dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui yang orang lain itu sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai yang orang lain itu membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan itu bagi maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti yang boleh dikenakan kepada orang yang didampinginya itu atau yang bersama-sama dengannya ketika dia ditemui.

Seksyen 6

Membawa senjata berbahaya di tempat awam

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh.

Suggest a correction

(3)

Suatu senjata hendaklah dianggap sebagai dibawa dengan kebenaran yang sah jika ia dibawa—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 357

(a)

oleh seorang anggota angkatan tentera Malaysia atau mana-mana angkatan tempatan atau pasukan polis atau mana-mana angkatan pelawat yang berada dengan sahnya di

Malaysia di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan angkatan pelawat, atau seseorang dalam perkhidmatan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di

Malaysia, dan dalam mana-mana hal itu ia dibawa atau berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai anggota atau orang sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

oleh mana-mana orang sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi atau pakaian istiadatnya dalam mana-mana upacara rasmi atau istiadat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.

Kesalahan yang berhubungan dengan senjata terjadual

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya;

Suggest a correction

(b)

membuat, menjual atau menyewa atau menawarkan atau mempamerkan untuk jualan atau sewaan; atau

Suggest a correction

(c)

meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana orang lain, apa-apa senjata terjadual melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun.

Suggest a correction

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh.

Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan

Senjata Berbahaya 9

Suggest a correction

(3)

Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.

Berdampingan dengan orang yang membawa senjata berbahaya di tempat awam

Suggest a correction

Seksyen 8

Mana-mana orang yang, melainkan bagi suatu maksud yang sah—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu kesalahan terhadap seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.

Kuasa penggeledahan dan penyitaan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau berpangkat lebih tinggi boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan, sama ada di jalan awam atau di tempat awam atau tidak;

Suggest a correction

(c)

menaiki dan memeriksa mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang bukannya, atau tidak mempunyai taraf, suatu vesel, kenderaan atau pesawat udara angkatan tentera laut, darat atau udara, jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai pelakuan atau persediaan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan didapati pada orang atau premis itu atau dalam mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara sedemikian dan boleh menyita mana-mana artikel atau benda atau pengumpulannya yang boleh digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa ia dimaksudkan atau mungkin digunakan bagi maksud menyebabkan kecederaan, dan apa-apa keterangan yang didapati dan mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang di dalamnya artikel, benda atau keterangan itu didapati.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

Pelupusan harta

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 9

boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan apa-apa hak untuk menyimpan atau melupuskan harta yang mungkin wujud di sisi undang-undang selain peruntukan seksyen ini.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 11

Senjata Berbahaya 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen 3 atau 5, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa mana-mana bahan dimaksudkan untuk digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika—

(a)

kuantiti bahan yang dijumpai melebihi kuantiti yang semunasabahnya dikehendaki disimpan oleh tertuduh bagi penggunaan dan pemakaian biasa di rumahnya atau bangunannya dan

(dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan)

melebihi kuantiti yang semunasabahnya dikehendaki disimpan dalam penjalanan biasa perniagaan itu;

Suggest a correction

(b)

bahan itu disimpan secara tersembunyi atau di suatu tempat selain tempat artikel itu mungkin semunasabahnya dijangka disimpan bagi kegunaan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 357

domestik atau dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan; atau

Suggest a correction

(c)

bahan itu disimpan dalam bekas selain bekas daripada jenis yang bahan itu biasanya disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan.

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2 dan 12]

1. Asid sulfurik

6. Fenol

2. Asid nitrik

7. Ammonia

3. Asid hidroklorik

8. Kalium hidroksida

4. Asid formik

9. Natrium hidroksida

5. Asid asetik

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 2 dan 12]

1. Apa-apa pisau, ada kalanya dikenali sebagai “pisau flik” yang mempunyai bilah yang terbuka secara automatik dengan tekanan tangan digunakan pada suatu butang, spring atau alat lain di dalam atau yang melekat di bahagian pemegang pisau itu.

2. Apa-apa pisau, ada kalanya dikenali sebagai “pisau graviti" yang mempunyai bilah yang dilepaskan daripada pemegang atau sarungnya dengan tekanan graviti atau pemakaian daya emparan dan yang apabila dilepaskan, terkunci di tempat itu dengan menggunakan butang, spring, tuil atau peranti lain.

Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan

Senjata Berbahaya 13

3. Apa-apa cemeti yang dibuat daripada rantai basikal atau motosikal, atau daripada apa-apa rantai yang sama jenis.

4. Segala jenis buku lima.

5. Apa-apa bilah atau alat lain yang dipasang pada atau membentuk sebahagian daripada suatu pam basikal, paip logam atau kayu, dan tersembunyi di dalamnya, yang boleh digunakan untuk melukai dan menikam.

6. Apa-apa alat seperti pisau yang mempunyai tiga mata yang tajam dan suatu hujung runcing yang tajam, ada kalanya dikenali sebagai “pengikis bearing”.

7. Apa-apa kapak kecil yang kebiasannya digunakan sebagai suatu senjata dan secara lazimnya dikenali sebagai “kapak kecil”.

8. Apa-apa pedang, keris, parang atau pisau lain yang pada mana-mana bahagiannya ditulis, diukir timbul, dipahat dengan, atau selainnya mempunyai apa-apa ayat, perkataan atau huruf yang berkaitan dengan atau yang berhubungan dengan apa-apa agama atau kepercayaan.

9. Apa-apa pedang atau parang yang kebiasaannya dimaksudkan untuk digunakan sebagai suatu senjata dan bukan sebagai suatu alat pertanian atau rumah atau peralatan kebun.

10. Apa-apa lembing atau mata lembing.

11. Apa-apa busur silang.

12. Apa-apa Patrolite, Stun Gun, Taser, Belantan Kawal atau apa-apa alat, peranti atau kelengkapan yang serupa yang digerakkan oleh bateri atau elektrik atau apa-apa bentuk kuasa.

14

Akta 357

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 16/1961

Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 1961

25-05-1961

P.U. 232/1963

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang

(Keselamatan

Dalam

Negeri dan

Ketenteraman

Awam)

(Negeri-Negeri

Borneo) 1963

16-09-1963

Akta A324

Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan dan

Perluasan) 1976

10-01-1976

Akta A327

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan dan

Perluasan) 1976

31-03-1976

P.U. (A) 294/1978

Perintah Senjata Berbahaya 1978

13-10-1978

P.U. (A) 252/1984

Perintah

Bahan-Bahan

Kakisan dan

Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan kepada Jadual Kedua) 1984

20-07-1984

P.U. (B) 131/1989

Perintah

Bahan-Bahan

Kakisan dan

Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua) 1989

10-03-1989

P.U. (A) 23/1992

Perintah

Bahan-Bahan

Kakisan dan

Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan)

1992

31-01-1992

Akta A1463

Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2014

02-07-2014

15

Akta 357

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

P.U. 232/1963 16-09-1963

2

Akta 16/1961 25-05-1961

6

Akta A1463 02-07-2014

7

Akta 16/1961 25-05-1961

Akta A1463 02-07-2014

10

Akta A324 10-01-1976

11

Akta 16/1961 25-05-1961

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

P.U. (A) 294/1978 13-10-1978

P.U. (A) 252/1984 20-07-1984

P.U. (B) 131/1989 10-03-1989

P.U. (A) 23/1992 31-01-1992

Common questions

What is CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958?
*AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 is Malaysia Act, cited as Act 357 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.
Is CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 still in force?
Yes — CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 is currently in force.
When did CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 take effect?
CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 was first recorded in 1958.
How many sections does CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 have?
CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 contains 12 sections.
Where can I read the official version of CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958?
The official text of CORROSIVE AND EXPLOSIVE SUBSTANCES AND OFFENSIVE WEAPONS ACT 1958 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 (No. 357)