Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 22

(2)

Majlis boleh menolak untuk mendaftarkan secara sementara pemohon di bawah subseksyen (1).

(3)

Jika Majlis menolak untuk mendaftarkan pemohon secara sementara, pemohon berkenaan boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh pemohon diberitahu tentang penolakan tersebut.

(4)

Menteri hendaklah membuat keputusan dalam masa tujuh hari dari penerimaan rayuan dan keputusan Menteri adalah muktamad.

(5)

Pengamal berdaftar sementara hendaklah menjalani kursus latihan selama tidak kurang daripada satu tahun dengan mana-mana hospital atau institusi di Malaysia yang diluluskan oleh Majlis untuk membolehkannya didaftarkan di bawah seksyen 23.

Perubatan Tradisional dan Komplementari 19

(6)

Pengamal berdaftar sementara tertakluk kepada apa-apa sekatan dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Majlis.

(7)

Majlis hendaklah mengeluarkan perakuan dalam borang yang ditetapkan kepada pengamal berdaftar sementara sebagai bukti pendaftaran.

(8)

Majlis boleh melanjutkan kursus latihan seseorang pengamal berdaftar sementara tidak lebih daripada satu tahun jika Majlis tidak berpuas hati dengan prestasi pengamal itu.

(9)

Majlis hendaklah membatalkan pendaftaran sementara seorang pengamal jika dia gagal untuk menyempurnakan tempoh kursus latihan di bawah subseksyen (5) atau pelanjutan tempoh di bawah subseksyen (8).

(10)

Majlis boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Majlis, mengecualikan mana-mana orang daripada peruntukan seksyen ini jika Majlis berpuas hati bahawa orang itu seorang pengamal dan mempunyai pengalaman yang luas, pengetahuan dan kemahiran yang layak dalam mana-mana bidang amalan diiktiraf.

(11)

Mana-mana pengamal yang dikecualikan di bawah subseksyen (10) hendaklah diberikan suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan sebagai bukti pengecualian.

Pengamal berdaftar

Section 22 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)