Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 23

(2)

Pengamal berdaftar sementara boleh memohon untuk didaftarkan dengan Majlis hanya selepas dia selesai menjalani tempoh kursus latihan di bawah seksyen 22.

(3)

Pengamal boleh didaftarkan dalam satu bidang amalan diiktiraf atau lebih jika dia memenuhi kelayakan yang dikehendaki bagi bidang amalan itu dan telah membayar fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 775

(4)

Kriteria pendaftaran, kelayakan yang dikehendaki, jenis dan bidang lapangan dan tatacara pendaftaran adalah sebagaimana yang ditetapkan.

(5)

Apabila pengamal telah berdaftar di bawah seksyen ini,

Majlis hendaklah menyebabkan supaya suatu perakuan pendaftaran dikeluarkan kepadanya.

(6)

Pengamal berdaftar hendaklah memberitahu Pendaftar alamat, gelaran, ciri dan sifat amalan terkininya.

(7)

Mana-mana orang yang permohonan pendaftarannya di bawah subseksyen (1) ditolak oleh Majlis boleh merayu kepada

Menteri dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu mengenai penolakan itu.

Perakuan pengamalan sementara

Section 23 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)