Malaysia legislation
Section 29
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 29
(2)
Apa-apa gelaran atau singkatan, yang digunakan oleh pengamal berdaftar, melainkan jika pengamal berdaftar itu juga seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian, tidak boleh menyebabkan orang ramai mempercayai bahawa pengamal berdaftar itu berkelayakan untuk mengamal perubatan atau menjalankan pembedahan di bawah Akta Perubatan 1971 atau menjalankan amalan pergigian di bawah Akta Pergigian 1971.
(3)
Majlis hendaklah menentukan dan menyiarkan suatu senarai gelaran dan singkatan yang dilarang melalui pemberitahuan dalam
Warta.
(4)
Pengamal berdaftar tidak boleh menggunakan apa-apa gelaran atau singkatan yang dilarang oleh Majlis di bawah subseksyen (3).
(5)
Jika seseorang pengamal berdaftar didapati menggunakan apa-apa gelaran atau singkatan yang dilarang yang ditentukan di bawah subseksyen (3), Majlis boleh meletakkan pengamal itu dalam suatu daftar senarai pemerhatian.
Perubatan Tradisional dan Komplementari 25
(6)
Jika dalam masa dua puluh empat bulan seseorang pengamal diletakkan dalam daftar senarai pemerhatian, pengamal itu menggunakan suatu gelaran atau singkatan yang dilarang, Majlis hendaklah membatalkan pendaftaran pengamal itu.
Kewajipan untuk merujukkan pesakit kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian