Malaysia legislation

Section 30

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 30

(2)

Kecemasan perubatan yang akut ialah suatu keadaan kesihatan yang berlaku secara tiba-tiba, tidak dijangka dan mencemaskan, yang memerlukan penilaian perubatan atau pembedahan atau rawatan untuk melegakan akut, sakit dan penderitaan pesakit.

(3)

Pengamal berdaftar hendaklah menerangkan secara jelas dan dengan berhati-hati dan menasihatkan pesakit atau penjaga atau wakil pesakit mengenai kewajipan untuk merujukkan pesakit kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian bagi membolehkan pesakit atau penjaga atau wakil pesakit menggunakan maklumat itu untuk membuat keputusan sama ada menolak untuk dirujukkan atau tidak.

(4)

Walau apapun subseksyen (1), jika pesakit atau penjaga atau wakil pesakit, melalui notis bertulis, bersetuju seperti yang sepatutnya untuk tidak dirujuk, pengamal tidak diwajibkan untuk merujukkan pesakit kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian.

(5)

Jika seseorang pengamal berdaftar melanggar subseksyen (1)

Majlis boleh—

(a)

mengenakan perintah berhenti menurut seksyen 51;

atau

(b)

membatalkan pendaftaran pengamal itu.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 775

Kewajipan untuk melaporkan wabak atau penularan penyakit setempat lain, dsb., kepada Pendaftar

Section 30 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)