Malaysia legislation

Section 35

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 35

(2)

Pengamal berdaftar hendaklah mematuhi piawai amalan mandatori dalam kod tadbir urus dan kod amalan.

(3)

Ketidakpatuhan terhadap piawai amalan mandatori dalam kod tadbir urus dan kod amalan boleh menyebabkan pengamal berdaftar dikenakan tindakan tatatertib dan pembatalan pendaftaran pengamal berdaftar.

(4)

Sebelum menentukan piawai amalan mandatori, Majlis hendaklah menjalankan perundingan awam mengenai skop piawai amalan mandatori.

(5)

Perundingan awam itu hendaklah menyatakan pandangan Majlis berkenaan dengan piawai amalan mandatori dan memperuntukkan masa tidak kurang daripada empat puluh lima hari untuk pihak yang berminat mengemukakan maklum balas bertulis kepada

Majlis.

(6)

Pada penutup proses perundingan awam, Majlis hendaklah menyebabkan supaya disiarkan laporan perundingan awam itu dan draf piawai amalan mandatori yang diluluskan.

(7)

Segala piawai amalan mandatori hendaklah disiarkan dan dicatat dalam daftar.

(8)

Segala piawai amalan mandatori boleh diubah, dipinda, diubah suai atau dibatalkan oleh Majlis dan apa-apa ubahan, pindaan, ubah suaian atau pembatalan hendaklah disiarkan dan dicatat dalam daftar.

(9)

Majlis hendaklah, sebelum apa-apa ubahan, pindaan, ubah suaian atau pembatalan piawai amalan mandatori berkuat kuasa, menjalankan perundingan awam berkenaan dengan ubahan, pindaan, ubah suaian atau pembatalan itu melainkan jika ubahan, pindaan, ubah suaian atau pembatalan itu disebabkan oleh kesilapan menaip atau tatabahasa sahaja.

Perubatan Tradisional dan Komplementari 29

(10)

Keseluruhan atau sebahagian kod tadbir urus dan amalan adalah tidak sah setakat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara kod dengan piawai amalan mandatori.

Section 35 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)