Malaysia legislation
Section 36
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 36
(2)
Majlis boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas mana-mana pengamal berdaftar yang—
(a)
telah berkelakuan sedemikian cara sehingga menyebabkan profesyennya mendapat nama buruk;
(b)
tidak mematuhi piawai amalan mandatori yang terkandung dalam kod tadbir urus dan kod amalan yang diperuntukkan dalam seksyen 35;
(c)
dikatakan telah melakukan salah laku profesional yang serius sebagaimana yang ditetapkan dalam tatakelakuan profesional dan mana-mana garis panduan dan arahan lain yang seumpamanya yang dikeluarkan oleh Majlis;
(d)
telah mendapatkan pendaftaran dengan melalui fraud atau salah nyataan;
(e)
tidak layak didaftarkan pada masa dia didaftarkan; atau
(f)
tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, atau perundangan subsidiari yang dibuat atau syarat yang dikenakan di bawah Akta ini.
(3)
Majlis hendaklah mengadakan suatu mekanisme, termasuk menubuhkan pihak berkuasa tatatertib untuk menyiasat aduan atau maklumat yang diterima terhadap seseorang pengamal berdaftar.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 775
Hukuman tatatertib