Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 37

(a)

mencela pengamal berdaftar berkenaan;

(b)

memerintahkan supaya pendaftaran pengamal berdaftar berkenaan dijadikan tertakluk kepada syarat termasuk, tetapi tidak terhad kepada, satu daripada yang berikut atau lebih:

(i)

apa-apa syarat yang berhubungan dengan bidang amalan pengamal berdaftar berkenaan yang difikirkan sesuai oleh Majlis dikenakan ke atas pendaftaran pengamal berdaftar berkenaan;

(ii)

supaya pengamal berdaftar menjalani kursus atau pembelajaran sebagaimana yang ditetapkan oleh

Majlis; atau

(iii)

supaya pengamal berdaftar berkenaan melaporkan mengenai bidang amalannya kepada mana-mana pengamal berdaftar atau orang yang ditetapkan oleh Majlis;

(c)

memerintahkan supaya nama pengamal berdaftar berkenaan digantung daripada daftar bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Majlis; atau

(d)

membuat apa-apa perintah dalam perenggan (c) tetapi menangguhkan pelaksanaannya, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis, bagi suatu tempoh, yang agregatnya, tidak melebihi dua tahun;

(e)

memerintahkan supaya nama pengamal berdaftar berkenaan dipotong daripada daftar.

(2)

Tiada seorang pun pengamal berdaftar boleh mengamal sebagai pengamal berdaftar semasa tempoh penggantungan di bawah perenggan (1)(c).

(3)

Majlis boleh mengenakan denda sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subseksyen (1).

Perubatan Tradisional dan Komplementari 31

(4)

Mana-mana pengamal berdaftar yang tidak mematuhi apa-apa syarat tambahan yang dikenakan di bawah perenggan (1)(b)

atau meneruskan amalan dalam tempoh penggantungan di bawah perenggan (1)(c), atau tidak membayar denda yang dikenakan di bawah subseksyen (3) adalah tertakluk kepada prosiding tatatertib selanjutnya.

(5)

Apa-apa prosiding tatatertib selanjutnya di bawah subseksyen (4)

berhubung dengan denda yang dikenakan di bawah subseksyen (3)

yang tidak dibayar tidak menyentuh hak Majlis untuk menuntut denda itu sebagai hutang sivil.

(6)

Majlis boleh, dalam mana-mana hal, membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Majlis berkaitan dengan pembayaran kos kepada Pendaftar dan mana-mana pengadu atau seseorang pengamal berdaftar, dan apa-apa kos yang diawardkan boleh dituntut sebagai hutang sivil.

Rayuan terhadap perintah Majlis

Section 37 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)