Malaysia legislation
Section 51
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 51
Akta 775
(a)
pengamal masih mengamalkan sedemikian walaupun pendaftarannya telah dibatalkan;
(b)
pengamal mengamalkan suatu bidang amalan yang diiktiraf yang tidak didaftarkan olehnya;
(c)
pengamal berdaftar mengamalkan suatu bidang amalan yang diiktiraf tanpa perakuan pengamalan atau apabila pendaftarannya digantung;
(d)
pengamal berdaftar menggunakan amalan yang tidak selamat yang menjejaskan keselamatan pesakit;
(e)
pengamal berdaftar telah melanggar seksyen 30 atau 31;
(f)
pengamal berdaftar telah gagal mematuhi apa-apa penetapan, arahan atau perintah yang dikeluarkan oleh
Majlis, Menteri atau Ketua Pengarah;
(g)
pengamal berdaftar telah melanggar undang-undang bertulis yang lain dan pelanggaran itu telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan keselamatan orang ramai.
(2)
Perintah yang boleh dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa itu hendaklah untuk suatu tempoh tidak melebihi empat belas hari.
Perubatan Tradisional dan Komplementari 41
(3)
Sebelum penamatan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), pegawai yang diberi kuasa boleh memohon kepada
Ketua Pengarah untuk pelanjutan perintah itu.
(4)
Ketua Pengarah boleh, sebelum tarikh luput perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), mengeluarkan suatu perintah meminta orang yang tertakluk kepada suatu perintah di bawah subseksyen (1), berhenti dan menamatkan pengamalan bidang amalan yang berkenaan dan tambahan kepadanya, boleh memerintahkan bahawa segala perkakas, kelengkapan, benda, perabot, pakaian, buku, rekod, bahan, ubat-ubatan atau apa-apa barangan lain yang digunakan dalam amalan perubatan tradisional dan komplementari dirampas.
(5)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis, bangunan atau kemudahan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4).
(6)
Jika perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4)
memperuntukkan perampasan barang, maka pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah memasuki, mencari, merampas dan mengalihkan apa-apa perkakas, kelengkapan, benda, perabot, pakaian, buku, rekod, bahan, ubat-ubatan atau apa-apa barangan lain yang digunakan dalam amalan perubatan tradisional dan komplementari.
(7)
Suatu inventori segala barangan yang dirampas dan dialihkan di bawah subseksyen (6) hendaklah diberikan kepada orang yang menjaga premis, bangunan atau kemudahan.
(8)
Segala perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
atau (4) hendaklah direkodkan dalam suatu daftar.
(9)
Seseorang yang terus mengamal apabila perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (4) masih berkuat kuasa adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
berkenaan dengan kesalahan seterusnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 775
(10)
Mahkamah boleh, sebagai tambahan, memerintahkan Majlis memasukkan butir-butir pengamal ke dalam daftar pengamal yang disenarai hitam, dan individu itu hendaklah tidak dibenarkan mengamal suatu bidang amalan diiktiraf atau menjadi pengarah atau pegawai suatu syarikat yang terlibat dalam membekalkan perubatan tradisional dan komplementari atau menjadi seorang rakan kongsi dalam suatu perkongsian pengamal, sehingga penamatan suatu tempoh selama dua tahun daripada tarikh dia disabitkan.
(11)
Ketua Pengarah boleh membatalkan perintah berhenti di bawah subseksyen (1) dan (4).
(12)
Pembatalan perintah di bawah subseksyen (1) dan (4)
hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh pembatalan itu dan hendaklah disiarkan di dalam suatu daftar.
Perintah penutupan