Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 52

(2)

Kesan suatu perintah penutupan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah bahawa premis, bangunan atau kemudahan tidak boleh digunakan dalam pengamalan bidang amalan yang berkenaan, tetapi perintah penutupan itu hendaklah tidak menjejaskan apa-apa kegiatan lain di premis, bangunan atau kemudahan yang bukan kegiatan bidang amalan yang berkenaan.

(3)

Segala perintah penutupan yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah mestilah mengandungi alasan dan sebab untuk perintah itu.

(4)

Atas pengeluaran perintah di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh memasuki premis, bangunan atau kemudahan untuk memberitahu penghuni tentang perintah itu dan dia hendaklah selepas itu, terus menutup premis, bangunan atau kemudahan dan hendaklah menggunakan suatu tanda, meterai, isyarat, rintangan, kunci atau alat untuk menandakan penutupannya, atau apa-apa barangan yang akan menandakan penutupannya.

Perubatan Tradisional dan Komplementari 43

(5)

Mana-mana individu yang cuba merosakkan, mengubah, menanggalkan, memecahkan atau mengubah apa-apa tanda, meterai, isyarat, rintangan, kunci, alat atau apa-apa barang yang akan menandakan bahawa premis, bangunan atau kemudahan adalah tertakluk kepada suatu perintah penutupan, atau dalam mana-mana cara lain melanggar perintah penutupan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

berkenaan dengan kesalahan seterusnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(6)

Sebaik tamat tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh melanjutkan tempoh penutupan jika terdapat alasan yang memadai untuk membuat demikian.

(7)

Ketua Pengarah boleh membatalkan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan membenarkan premis, bangunan atau kemudahan untuk digunakan bagi penyediaan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari.

(8)

Pengamal berdaftar yang tidak berpuas hati dengan keputusan

Ketua Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Menteri mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Memeriksa dan merampas dengan waran

Section 52 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)