Malaysia legislation
Section 53
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 53
(a)
mana-mana premis yang telah digunakan untuk atau akan digunakan untuk; atau
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 775
(b)
dalam mana-mana premis ada bukti yang memerlukan penyiasatan dijalankan ke atasnya, perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret hendaklah mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau pada waktu malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki ke dalam premis dan jika perlu dengan paksa.
(2)
Tanpa menjejaskan keseluruhan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk—
(a)
mengambil sampel apa-apa barang ubat tradisional dan komplementari;
(b)
meminta dan mengambil sampel darah susulan daripada suatu laporan yang dibuat di bawah seksyen 31;
(c)
mengambil gambar atau merekod secara digital apa-apa kedudukan, keadaan atau taraf premis, bangunan atau kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya;
(d)
meminta mengemukakan apa-apa dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang disenggara oleh pengamal berdaftar dan boleh membuat salinan daripadanya atau cabutannya; atau
(e)
merampas apa-apa dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang diminta.
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini hendaklah membawa bersamanya mana-mana individu dan peralatan yang dia berpendapat adalah perlu.
(4)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau atas premis.
(5)
Apabila adalah perlu untuk menyebabkan seorang wanita diperiksa, pemeriksaan hendaklah dibuat oleh wanita lain dengan ketertiban sepenuhnya.
Perubatan Tradisional dan Komplementari 45
(6)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika didapati perlu untuk membuat—
(a)
memecah buka apa-apa pintu luar atau dalam premis atau apa-apa pagar, litupan, pintu pagar atau halangan lain, untuk membolehkan kemasukan ke dalam premis;
(b)
mengalihkan dengan paksa apa-apa halangan untuk masuk, memeriksa, merampas dan mengalih sebagaimana dia diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah seksyen ini; dan
(c)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis sehingga pemeriksaan selesai.
(7)
Jika, atas sebab sifat, saiz atau jumlahnya, tidak boleh dilaksanakan pengalihan apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, buku, dokumen atau benda lain yang dirampas di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menutup kenderaan, kontena atau premis yang di dalamnya bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dijumpai.
(8)
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengubah atau merosakkan penutup yang disebut dalam subseksyen (7) atau mengalih apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, buku, dokumen atau benda lain yang dirampas bawah penutup atau cuba untuk berbuat sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk memasuki premis