Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 5

Fungsi dan kuasa Majlis

Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

menasihati Menteri mengenai perkara dasar negara yang berhubungan dengan amalan perubatan tradisional dan komplementari;

(b)

menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi setiap bidang amalan;

(c)

mengiktiraf apa-apa kelayakan yang diberikan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan dibenarkan oleh mana-mana negara di luar Malaysia bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini;

(d)

menentukan kelayakan akademik yang sesuai atau perakuan kemahiran yang diiktiraf yang dikeluarkan menurut Akta

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]

yang perlu sebelum seseorang boleh memohon untuk menjadi seorang pengamal berdaftar;

(e)

menentukan perantisan yang perlu dan latihan yang dikehendaki termasuk kaedah-kaedah untuk menjalani perantisan, skop tanggungjawab perantisan dan penjalanan atau aktiviti yang dibenarkan bagi perantisan, tempoh perantisan dan kelayakan perantisan lanjutan;

(f)

mendaftarkan individu yang menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari kepada orang ramai;

(g)

mengeluarkan perakuan amalan kepada pengamal berdaftar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan telah membayar fi yang ditetapkan;

(h)

mengadakan kod tatakelakuan profesional, kaedah-kaedah yang berhubungan dengan tatakelakuan profesional pengamal berdaftar, termasuk penalti bagi pelanggaran kod atau kaedah-kaedah itu;

(i)

membangunkan, menjalankan, menetapkan dan memberi mandat bagi apa-apa perkara yang berkaitan atau berhubungan dengan amalan perubatan tradisional dan komplementari atau profesionalisme amalan itu;

Perubatan Tradisional dan Komplementari 11

(j)

menentukan, menyediakan dan mentadbir tatacara dan proses aduan;

(k)

mengadakan kaedah-kaedah yang berdasarkannya pengamal berdaftar merujukkan pesakit mereka kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(l)

mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pengamal, dan memberikan itu kepada Menteri;

(m)

menjalankan mana-mana fungsi yang ditentukan oleh Akta ini; dan

(n)

menjalankan segala aktiviti lain yang diarahkan oleh

Menteri dan arahan itu hendaklah selaras dengan maksud

Akta ini.

Keanggotaan Majlis

Section 5 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)