Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 6

(a)

tidak lebih daripada tiga wakil daripada Kementerian

Kesihatan;

(b)

dua wakil daripada mana-mana universiti tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari;

(c)

tidak lebih daripada tiga pengamal berdaftar dalam perkhidmatan awam;

(d)

tidak lebih daripada lapan individu daripada amalan swasta yang mewakili badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang ditetapkan di Malaysia; dan

(e)

lima individu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang layak dalam industri yang berkaitan.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi Pengerusi Majlis.

(3)

Anggota Majlis hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam surat cara pelantikannya, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu, memegang jawatan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 775

(4)

Pelantikan mana-mana anggota Majlis boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri jika orang itu didapati oleh Menteri tidak lagi layak dan sesuai setelah mengambil kira—

(a)

kejujurannya yang tidak diragui, kecekapannya dan kewibawaan pertimbangannya dalam memenuhi tanggungjawab sebagai anggota Majlis; atau

(b)

ketekunannya dalam memenuhi atau yang memungkinkannya memenuhi tanggungjawab sebagai anggota Majlis.

(5)

Tiap-tiap anggota Majlis hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan tugas secara berkesan.

(6)

Anggota Majlis boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis kepada Menteri dan sesalinan notis itu kepada Majlis.

Pengosongan Jawatan

Section 6 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)