Malaysia legislation
Section 7
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 7
(a)
dia mati;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipan-kewajipannya;
(e)
dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Pengerusi;
Perubatan Tradisional dan Komplementari 13
(f)
pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri; atau
(g)
peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri.
(2)
Jika jawatan seorang anggota Majlis menjadi kosong menurut subseksyen (1), Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai olehnya untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang dikosongkan oleh anggota itu.
(3)
Apa-apa tempoh pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (2) tidak boleh diambil kira dalam pengiraan tempoh pelantikan seorang anggota di bawah subseksyen 6(3).
Anggota silih ganti