Malaysia legislation

Section 3

of AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971

Seksyen 3

(1)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura sesuatu Mahkamah atau seseorang

Majistret di Singapura telah mengeluarkan sesuatu saman yang menghendaki seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan hadir dalam mana-mana Mahkamah di Singapura, dan orang itu adalah, atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke

Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa saman itu telah dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah atau seseorang Majistret di Singapura, mencatatkan saman itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh seorang Majistret di Malaysia di bawah Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], dan apabila disampaikan saman yang dicatatkan sedemikian itu, orang itu terikat di sisi undang-undang untuk mematuhi saman itu, dan jika dia dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang Majistret di

Singapura yang menyatakan bahawa orang itu telah tidak mematuhi saman itu menjadi keterangan yang cukup bahawa dia telah dengan sengaja tidak mematuhi saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada

Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

(2)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen

(1)

, sesuatu saman kepada seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah atau 025b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 7

seseorang Majistret di Malaysia telah dicatatkan oleh seorang

Majistret di Singapura dan disampaikan kepada orang yang dituduh itu, saman itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara

Jenayah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah penyampaian itu telah dilaksanakan di Malaysia, dan jika orang itu dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia boleh dibicarakan dan dihukum di Malaysia, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang

Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya kepada orang yang dituduh itu, dan suatu afidavit mengenai penyampaian itu oleh orang yang menyampaikan saman itu bolehlah diberikan sebagai keterangan dan menjadi keterangan yang cukup mengenai penyampaian saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura atau orang yang menyampaikan saman itu untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

Penyampaian saman kepada seseorang saksi antara Malaysia dengan Singapura

Section 3 — AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971