Malaysia legislation

Section 4

of AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971

Seksyen 4

(1)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura sesuatu Mahkamah, seseorang

Hakim, seseorang Majistret, atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain, di Singapura telah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki seseorang hadir dalam mana-mana Mahkamah di

Singapura sebagai saksi untuk memberikan keterangan dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain, dan orang itu adalah, atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa saman itu telah dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah, seseorang Hakim, seseorang

Majistret atau pegawai Mahkamah yang lain di Singapura, mencatatkan saman itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah, seseorang

Hakim, seseorang Majistret atau seseorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman itu di

Malaysia di bawah Kanun Tatacara Jenayah, dan apabila disampaikan saman yang dicatatkan sedemikian itu, dan apabila dibayar atau ditawarkan sejumlah wang yang berpatutan bagi perbelanjaannya, saksi itu terikat di sisi undang-undang untuk mematuhi saman itu, dan jika dia dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia 025b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

8

Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang pegawai Mahkamah di Singapura yang menyatakan bahawa orang itu telah tidak mematuhi saman itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa orang itu telah dengan sengaja tidak mematuhi saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada mana-mana pegawai

Mahkamah di Singapura untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

(2)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen

(1)

, sesuatu saman yang menghendaki seseorang hadir dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain telah dicatatkan dengan sempurna di Singapura dan disampaikan kepada saksi itu, saman itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah penyampaian itu telah dilaksanakan di Malaysia, dan jika orang itu dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia boleh dibicarakan dan dihukum di Malaysia, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang

Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya kepada saksi itu dan sejumlah wang yang berpatutan telah dibayar atau ditawarkan kepadanya bagi perbelanjaannya, dan suatu afidavit mengenai penyampaian itu dan mengenai pembayaran atau penawaran perbelanjaan itu bolehlah diberikan sebagai keterangan dan menjadi keterangan yang cukup mengenai penyampaian saman itu dan mengenai pembayaran atau penawaran perbelanjaan itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai

Mahkamah yang lain di Singapura atau orang yang telah menyampaikan saman itu dan yang telah membayar atau menawarkan perbelanjaan itu untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

Pelaksanaan sesuatu waran yang dikeluarkan sebagai ganti atau tambahan kepada saman

Section 4 — AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971