Malaysia legislation

Section 5

of AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971

Seksyen 5

(1)

Jika sesuatu Mahkamah di Singapura telah mengeluarkan suatu waran sebagai ganti sesuatu saman atau sebagai tambahan 025b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 9

kepada sesuatu saman untuk menangkap seseorang di bawah peruntukan undang-undang Singapura yang bersamaan dengan seksyen 47 Kanun Tatacara Jenayah, dan orang itu adalah atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke

Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa waran itu telah dikeluarkan dengan sempurnanya di

Singapura, mencatatkan waran itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya waran itu bolehlah dilaksanakan kepada orang itu seolah-olah ia suatu waran yang dikeluarkan di Malaysia di bawah

Kanun Tatacara Jenayah.

(2)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen

(1)

sesuatu waran yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di

Malaysia telah dicatatkan dengan sempurna di Singapura dan dilaksanakan kepada orang yang tersebut namanya dalam waran itu, waran itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah dilaksanakan dengan sahnya seolah-olah pelaksanaan itu telah dilakukan di Malaysia.

(3)

Jika sesuatu waran telah dilaksanakan di Malaysia menurut subseksyen (1), orang yang ditangkap itu hendaklah dikemukakan dengan seberapa segera yang boleh di hadapan seorang Majistret di Malaysia, dan Majistret itu hendaklah, jika dia berpuas hati bahawa orang itu ialah orang yang dinyatakan dalam waran itu, mengarahkan bahawa orang yang ditangkap itu hendaklah dipindahkan dalam jagaan dengan serta-merta ke Mahkamah yang berkenaan di Singapura dan mana-mana orang itu semasa dalam jagaan itu, hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai dalam jagaan yang sah di sisi undang-undang:

Dengan syarat bahawa Majistret itu boleh, jika kerana sebab yang hendaklah direkodkan olehnya, dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian, walaupun waran itu tidak mengandungi apa-apa peruntukan untuk membenarkan jaminan kepada orang yang ditangkap itu, melepaskan orang itu dalam jaminan dengan syarat bahawa dia hendaklah hadir dalam Mahkamah yang berkenaan di Singapura pada masa yang akan dinyatakan dalam bon dan bon jaminan itu;

dan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan jaminan dan bon hendaklah terpakai bagi bon dan bon jaminan itu.

(4)

Sebagai tambahan kepada tanggungan pelucuthakan sesuatu bon dan bon jaminan yang dilaksanakan di bawah syarat subseksyen (3) dan terhadap bayaran penaltinya, orang yang 025b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

10

Undang-Undang Malaysia dilepaskan atas bon dan bon jaminan itu yang dengan sengaja tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya.

(5)

Dalam prosiding bagi pelucuthakan sesuatu bon atau bon jaminan yang dilaksanakan di bawah syarat subseksyen (3) dan bagi pembayaran penaltinya, dan dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (4) suatu perakuan yang ditandatangani oleh seseorang Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa orang yang dilepaskan atas bon atau bon jaminan itu telah tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa orang itu telah dengan sengaja tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura untuk memberikan keterangan dalam prosiding itu bagi mana-mana pihak.

(6)

Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun peruntukan Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967

[Akta No. 54 tahun 1967]*.

Bukti suratan Singapura

Section 5 — AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971