Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Perlindungan pemberi maklumat
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahui pengenalannya, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk mengelakkan daripada diketahui pengenalan pemberi maklumat itu tetapi tidak lebih daripada itu.
Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan)
(3)
Jika dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mahkamah berpendapat, selepas siasatan penuh mengenai kes itu, bahawa pemberi maklumat telah dengan sengaja membuat dalam mana-mana maklumat yang diberikan olehnya suatu pernyataan material yang ia diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagai benar, atau mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilakukan dengan sepenuhnya tanpa diketahui identiti pemberi maklumat itu sah di sisi undang-undang bagi mahkamah menghendaki supaya dikemukakan maklumat asal itu, jika diberikan secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran penuh mengenai pemberi maklumat itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “pemberi maklumat” termasuklah tiap-tiap orang yang tidak dipanggil sebagai seorang saksi bagi pihak pendakwa dalam sesuatu kes jenayah dan yang telah membuat apa-apa aduan atau laporan atau yang telah memberikan apa-apa maklumat, lisan atau dokumentar, mengenai apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang dikatakan telah dilakukan oleh mana-mana orang.
Kewajipan untuk memberikan maklumat dan menggunakan pernyataan sebagai keterangan