Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki oleh orang yang diberi kuasa, seorang pegawai polis atau seorang pegawai kastam tentang pengenalan dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor yang tersebut itu pada atau lebih kurang pada waktu kesalahan yang dikatakan itu dan juga tentang lesen yang dipegang oleh orang itu dan jika dia tidak berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak tahu dan telah tidak dapat dengan usaha yang munasabah menentukan maklumat yang dikehendaki itu; dan 14
Undang-Undang Malaysia
(b)
mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya telah menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu, memberikan apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh membawa kepada dikenali pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia tidak memberi maklumat itu dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan di bawah subseksyen
(1)
melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(3)
Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembicaraan pertuduhan itu terhadapnya.
(4)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang yang diberi kuasa, pegawai polis atau pegawai kastam bahawa sesuatu kenderaan motor tertentu telah dipandu atau dipunyai oleh orang itu atau bahawa kenderaan motor itu dipunyai oleh suatu firma dalamnya orang itu ialah seorang pekongsi atau oleh suatu perbadanan yang baginya orang itu ialah seorang pengarah, pegawai atau pekerja pada sesuatu masa tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapakah kenderaan itu telah dipandu atau siapakah yang telah mempunyai kenderaan itu.
(5)
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “pemunya” berhubung dengan sesuatu kenderaan motor yang menjadi perkara suatu perjanjian sewa atau perjanjian sewa beli, ertinya orang yang memiliki kenderaan itu di bawah perjanjian itu.
Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan)
15
Peruntukan tentang keterangan